"Daging dan darah haiwan korban itu tidak sekali-kali sampai
kepada Allah,
tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan kamu."
(Surah Al-Hajj: 37)
Di sebalik setiap ibadah Qurban, tersimpan satu kisah pengorbanan… tentang keikhlasan memberi walau dalam diam, dan tentang harapan yang disampaikan kepada mereka yang menunggu tanpa meminta. Ada insan di luar sana yang hanya merasa daging setahun sekali — dan mungkin, melalui anda, itulah saat paling bermakna buat mereka.
Yayasan Hati Nusantara (YAHN), yang dahulunya dikenali sebagai Tabung Amanah Hati Nusantara merupakan sebuah NGO yang ditubuhkan untuk membantu mereka yg dhaif dan memerlukan serta memberi peluang pada mereka yang mampu, memperoleh pahala serta keberkatan dari Allah dengan sedekah mereka.
Antara program tahunan yang dijalankan oleh pihak Yayasan Hati Nusantara ialah projek Qurban dan Aqiqah. Kami mempunyai pengalaman selama lebih 16 tahun. Bermula dari tahun 2010 di dalam dan luar negara. Untuk luar negara kami memfokuskan kepada negara yang mempunyai penduduk yang miskin, dhaif serta tertekan untuk hidup dan dalam masa yang sama harga qurban sangat berpatutan agar dapat memberi peluang untuk ramai melaksanakan ibadah qurban kerana Allah.
Perlaksanaan ibadah qurban tahun ini akan dijalankan di negara-negara yang sangat miskin serta dhaif dan yang terdapat kesukaran mendapatkan makanan dan dalam masa yang sama dapat memberikan sedikit sinar kegembiraan kepada penerima hasil sumbangan qurban.
Kami menyediakan pakej qurban yang dalam batas kemampuan anda,
harga bermula serendah :
Sila whatsapp bukti pembayaran
dan maklumat ke
+6018 379 4374
(whatsapp sahaja)
Sebarang pertanyaan sila hubungi
+6016 335 8412
+6012 708 2978
Setiap qurban akan di dokumentasikan. Pihak kami akan memberikan gambar haiwan qurban masing-masing serta sijil penyertaan dan akan di kirim setelah selesai segala aktiviti perlaksanaan Qurban.
Pembayaran
Sila hantar pembayaran ke atas nama:
Yayasan Hati Nusantara (PPAB-16/2024)
No Akaun: 8011382868 (CIMB BANK)
Hantar Butiran Penyertaan
Nama :
Nombor telefon :
Email :
Negara yang dipilih :
Jumlah Bahagian :
Nama Peserta Qurban
Sila pastikan ejaan nama adalah betul
1. Nama
2. Nama
3. Nama
4. Nama
5. Nama
6. Nama
7. Nama
"Saya mewakilkan kepada petugas YAHN atau wakilnya untuk menyempurnakan ibadah Qurban bagi diri saya / penama-penama bagi tahun 1447H kerana Allah S.W.T. Saya juga mengizinkan seandainya ada lebihan daripada duit tersebut digunakan sebagai kos operasi atau disedekahkan kepada yang memerlukan."
Terima kasih kerana bersama kami menjalani ibadah Qurban anda, Alhamdulilah semoga ibadah anda diterima di sisi Allah S.W.T dan sedikit sebanyak dapat membantu saudara-saudara kita yang miskin dan dhaif.
Kami juga melaksanakan ibadah aqiqah sepanjang tahun untuk kambing di Somalia. Seekor kambing hanya RM450.00
Pelaksanaan Aqiqah Lembu:
* Perhatian: Aqiqah lembu luar musim qurban harus penuhkan 1 ekor.
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Bantu kami untuk share maklumat ini kepada keluarga & rakan-rakan. Semoga bermanfaat.. In Sha Allah.